SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN


Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Melaka (PSSCM CM) telah bertapak di Melaka pada tahun 1982 tetapi oleh kerana ketiadaan tenaga pengajar untuk meneruskan kelas latihan, maka persatuan ini terpaksa berdiam diri untuk seketika waktu. Tanggal 5 Ogos 1998, usaha beberapa pensyarah di Kolej Yayasan Melaka (KYM) telah dapat menghidupkan semula kelas latihan ini di bumi Melaka dan bermulalah era kebangkitan dan kegemilangan PSSCM CM sehingga hari ini. Bermula dari sebuah kelas pada tahun 1998 dan sehingga kini, terdapat 11 buah kelas Silat Cekak Malaysia telah diwujudkan. Ini termasuk 9 buah kelas di Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah Melaka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka, Kolej Yayasan Melaka (KYM), Kolej Profesional Mara (KPM) Melaka, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka, Intistut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah Melaka (  IKBN ), Kolej UNITI Port Dickson (UNITI ) dan Intistut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka ( IPGKPMM ).








PENYELIA PSSCM KYM @ KAYM 1998 - 2011



ENCIK KHAHARUDDIN BIN ABD. RAHMAN
1998 - 1999

ENCIK JASMY FARDZY BIN HAJI ABDUL AZIZ
1999 - 2001
2008 - 2009

CIK MUNAWIRAH BINTI HAJI MOHAMAD
2001- 2002
ENCIK MOHD ZAIDI BIN BESAH
2002 - 2004
ENCIK SHARIZAM BIN SULAIMAN
2010