Program Eksplorasi Pantai Timur & Konvokesyen Sijil Rendah PSSCM

 Tarikh  : 18 - 20 November 2011
 Tempat : Sekitar Pantai Timur

AlhamduLillah....Program  Majlis Konvokesyen PSSCM Zon Pantai Timur dan Eksplorasi Pantai Timur  telah dilaksanakan dengan jayanya...terima kasih kepada semua ahli PSSCM KAYM yang telah berusaha dengan bersungguh - sungguh dari awal program sehingga ke akhir program.....semoga dengan pengalaman yang telah dimiliki, Ahli-ahli PSSCM KAYM akan terus berusaha untuk mengadakan program - program yang lain pada masa akan datang...

Tahniah di ucapkan kepada ahli PSSCM KAYM yang telah menerima Sijil Rendah Silat Cekak. Teruskan usaha untuk mengembangkan Silat Cekak di KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA.

SENARAI NAMA AHLI PSSCM KAYM YANG MENERIMA SIJIL RENDAH SILAT CEKAK :-
DARI KIRI KE KANAN :-
  1.  MOHD NOR RIZUAN BIN EDY YANTO
  2.  SITI AISHAH BINTI HASHIM SHAH
  3.  KHAIRUN HASLINDA BINTI ABU HASSAN
  4. SITI LATIFAH BINTI MEOR AZIZUL RAHMAN
  5. KOMAR BIN ABD WAHID
  6.  SITI ZAITON  BINTI MOHD RASHID ( tiada dalam gambar)


TAHNIAH.................... 


p1

AL-FATIHAH

‎7 November 2011, Johor - Aminurashid, bapa kepada ahli PSSCM KAYM saudari Siti 
Aminurashid telah kembali ke rahmahtullah pada jam 6.00 petang... Semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg briman. Al-Fatihah..

p1

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA IKHLAS DARI PSSCMKAYM






Korban dan akikah adalah merupakan ibadah atau amalan yang sangat mulia dan amat penting dalam Islam kerana terdapat fadhilat yang besar jika mengerjakannya. Begitu juga implikkasinya terhadap ummat Islam serta masyarakat sekelilingnya. Namun demikian masih ramai di kalangan ummat Islam yang memandang ringan terhadap tuntutan ibadah korban dan akikah ini dek kerana kurangnya kefahaman mereka tentang kepentingan melaksanakan ibadah korban dan akikah ini serta tidak faham juga akan kelebihannya. Dengan sebab yang demikian,walaupun mereka tergolong dalam kalangan mereka yang mampu namun mereka tidak melaksanakan korban dan akikah sebagaimana yang dituntut walaupun ada sebahagiannya suka menderma dengan cara yang lain. Kita sering juga mendengar persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat seperti:
  • Apakah Korban dan Akikah itu?
  • Apa bezanya korban dengan akikah?
  • Apa hukum melakukan keduanya?
  • Di dalam hayat kita berapa kalikah dituntut untuk melaksanakan korban dan akikah?
  • Binatang apa yang kita hendak korbankan?
  • Apakah kelebihan korban dan akikah?
Maka di sini suka saya menulis sedikit sebanyak tentang korban dan akikah ini setidak-tidaknya dapat memberikan kesedaran awal tentang kepentingan melakukan kedua-dua ibadah ini seterusnya melaksanakan korban secara istiqamah saban tahun agar kita mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyembelihan korban?
Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan khusus hanya pada Hari Raya Haji bermula selepas solat sunat Aidiladha dan pada 3 hari berikutnya yang turut digelarkan sebagai Hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah. Korban tersebut dibuat beserta dengan niat sebagai ibadah kepada Allah Taala dan tidak boleh berniat selain daripada tujuan tersebut. Bermulanya sejarah ibadah korban ini sejak zaman Nabi Ibrahim A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya sehingga hari kiamat.
Maksud Firman Allah Taala:
” Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah,kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya,maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri ( dan telah diikat ). Kemudian apabila rebah ( mati ), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya ( yang tidak meminta-minta ) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
( Surah al-Hajj 22: 36 )
Begitu juga yang telah di Firmankan oleh Allah Taala di dalam surah Al-Kautsar 108: 2 yang bermaksud:
” Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
Dalam satu hadis sohih maksudnya: Daripada Aisyah r.ha bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:
” Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban,yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang beserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya,dan kuku-kukunya,dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah,ia ( pahalanya ) telah diterima di sisi Allah maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala ) korban itu.” ( Riwayat Tirmizi,Ibnu Majah dan Al-Hakim )
Zaid bin Arqam berkata: ” Mereka telah bertanya.’Wahai Rasulullah,apakah udhiyyah ( korban ) itu? Nabi Muhammad SAW menjawab : Ia sunnah bagi bapa kamu ( Nabi Ibrahim ). Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita ? Rasulullah SAW menjawab: ” Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.” Mereka bertanya lagi,bagaimana dengan setiap bulu yang halus pula? Sabda Rasulullah SAW bermaksud” Dengan tiap-tiap helai bulu halus itu satu kebaikan.” ( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah ).
Hukum Korban
Korban hukumnya sunat mua’kkad ( sunat yang dituntut ) atas orang yang memenuhi syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka ( bukan hamba )
  • Baligh dan berakal
  • mampu untuk berkorban
Maksud daripada Sabda Rasulullah SAW berbunyi:” Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.”( Riwayat Tirmizi )
Dalam Riwayat lain bermaksud: ” Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.” ( Riwayat  al-Daruqutni )
Walaubagaimanapun korban yang pada asalnya sunat hukumnya boleh bertukar menjadi wajib apabila ia diniatkan nazar. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:” Sesiapa bernazar untuk melakukan taat kepada Allah maka hendaklah dia melakukannya.”

Hikmah dan Fadhilat Korban
Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

Apakah pula Akikah ?
Akikah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Akikah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama.” (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud “… terpelihara dengan akikahnya…” (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa akikah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Untuk anak lelaki itu akikahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis.” (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diakikahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

Hukum Akikah
Hukum akikah itu adalah sama dengan ibadah korban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Penyembelihan akikah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengakikahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengakikahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
Anak zina, akikahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengakikahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Hukum-hukum Lain Berkaitan Korban Dan Akikah
Jika menyembelih korban sendiri hendaklah berniat: “Aku jadikan binatang ini korban untuk diriku kerana Allah Ta’ala” dan seumpamanya, atau jika penyembelihan akikah berniat : “Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai akikah untuk anakku kerana Allah Ta’ala.”
Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: “Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan korban untuk diriku (atau akikah untuk anak ku…).” Orang yang menerima wakil menjawab: “Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan korban untukmu (atau akikah untuk anakmu…).”
(PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: “Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan korban untuk ku (atau akikah untuk anakku).”
(PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
Daging korban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi akikah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk korban dan sebahagian untuk akikah.
Disunatkan tulang-tulang binatang akikah itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengakikahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
Daging akikah atau korban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging akikah atau daging korban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
Daging atau mana-mana bahagian dari binatang korban  atau akikah nazar, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.
Wallahua’lam…

p1

MESYUARAT AJK PENGGERAK PROGRAM



Mesyurat AJK Penggerak Program :
Tarikh : 13 Nov 2011
Tempat : Bilik 316
Waktu : 11.00am

Agenda :
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan YDP PSSCM KAYM
- Ucapan Pengarah Program
- Perbentangan Timbalan Pengarah Program (Marwan*) - (Farid**)
- Perbentangan Setiausaha Program (Afiq***)
- Perbentangan Bendahari Program (Komar*) - (Wan Kecik**)
- Perbentangan AJK Teknikal & Aktiviti (Komar**)
- Perbentangan AJK Makanan & Minuman (Aini***)
- Perbentangan AJK Pengangkutan & Penginapan (***)
- Perbentangan AJK Protokol (Farid*)
- Perbentangan AJK Cenderahati & Kebajikan (Suraya*)
- Perbentangan AJK Tajaan (Wan Tua*) - (Wan Muda**)
- Perbentangan AJK Keselamatan (Wan Muda**)
- Perbentangan Pengarah Program (Ikhwan***)

Mksd :
* Program ke Gunung Ledang
** Program ke Terengganu
*** Program kedua - duanya skli

Tanggungjawab:
- Semua yg ingin mmbntu mncari smbngan Prgrm blh lah brhubung dgn saudara Rizuan Edata (014-8034789)/ Ikhwan (013-3101908) scpt mgkin.
- Semua AJK prlu mmbwa pmbntu/pelatih anda swktu msyuarat djlankan.
- Setiap ahli prlu mncri pserta beserta byrn sbyk RM35.00 utk prgrm di Gng Ledang sblm msyurat ini diadakn...limit hny 35org pserta bkn ahli PSSCM.. 
Marwan Mursyid sila infrm semua AJK tntg msyuarat ini dgn mggunakn sms & blog...skrnya AJK tdk mndpt msj drpd marwan mngenai msyuarat ini anda blh trs brhbung dgn beliau di talian 013-2472012 utk mngesahkn khdirn anda semua sblm msyuarat diadakn..tq

p1

Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad




Tentatif Program

 8.00 malam   - Ketibaan ahli PSSCM CM
 8.10 malam    - Ketibaan Ahli LPT Zon Selatan dan YDP PSSCM CM
 8.20 malam    - Solat Isyak Berjemaah
 8.50 malam    - Ucapan Aluan YDP PSSCM CM
 9.00 malam    - Majlis Tahlil Bermula
 9.30 malam    - Jamuan
10.00 malam  - Sembang - sembang Ilmu Bersama Ahli LPT Zon Selatan
11.00 malam  - Majlis Bersurai


* Tertakluk Pada Perubahan.

p1

TARIKH AKHIR SERAHAN NAMA - MAJLIS KONVOKESYEN SILAT CEKAK ZON TIMUR 2011


As salam. Dimaklumkan bahawa saya(Dya Ashrani binti Azizan) telah ditugaskan untuk menguruskan penyertaan daripada Cawangan Melaka untuk ke Majlis Konvokesyen Zon Timur pada 19.11.2011


Oleh itu, mohon kerjasama daripada setiap penyelia kelas latihan untuk menghantar senarai nama penyertaan dan bayaran kepada saya dengan kadar yang segera untuk saya majukan kepada pihak penganjur. 


Tarikh akhir bagi serahan senarai nama dan bayran untuk Majlis Konvokesyen Zon Timur dan Forum Cekak ----> 31.10.2011


*Dhiya Ashrani - penyelia kelas latihan PSSCM IPGKPMM

p1

KARNIVAL WAJADIRI 1 MALAYSIA KALI KE 5 IPTA/IPTS PSSCM/PSSCM UKM


p1